lydia
Jawab satu soalan sahaja.

1. Anda begitu terkejut kerana buah tembikai yang anda beli telah berubah menjadi sebuah rumah yang didiami oleh biji-biji tembikai yang mempunyai kaki dan tangan.

Lukis dari jarak dekat buah tembikai tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, bentuk, ruang, dan perspektif.

2. Sebuah tunggul kelapa di tepi pantai ditumbuhi pokok orkid yang sedang berbunga.

Lukis dari jarak dekat tunggul kelapa dan pokok orkid dengan berlatarbelakangkan pantai dan laut. Penekanan hendaklah diberikan kepada unsur jalinan, bentuk, warna an ruang.

3. Seorang budak lelaki sedang menyikat rambut seorang perempuan tua di dalam sebuah bilik. Perempuan tua itu duduk di atas kerusi yang menghadap tingkap sambil menatap wajah pada cermin yang dipegangnya.

Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada kesan ruang, jalinan dan warna.

4. Beberapa orang pelajar sedang memerhatikan pelbagai jenis ikan di dalam sebuah terowong akuarium.

Lukis situasi tersebut dengan memeri penekanan kepada unsur jalinan, ruang,perspektif dan pencahayaan.

5. Anda telah menyertai perkhemahan Pasukan Pengakap sekolah anda di sebuah hutan rekreasi. Semasa perkhemahan tersebut, jerebu melanda kawasan perkhemahan anda. Ketika itu juga, cahaya matahari menjadi kekuning-kuningan manakala pokok-pokok di persekitaran tidak jelas kelihatan kecuali khemah anda.

Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda. Lukisan tersebut hendaklah memberikan penekanan kepada unsur jalinan, ruang, warna dan pencahayaan.

6. Seekor rusa sedang minum air di sebuah tasik. Di sekitar tasik ditumbuhi pokok-pokok renek.

Lukis situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur ruang, bentuk dan jalinan.
0 Responses

Post a Comment