lydia


[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 1 2611/3
Tugasan ini mengandungi 20 halaman bercetak.
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 2611/3
PENDIDIKAN SENI VISUAL
KAJIAN REKAAN SENI VISUAL
Kertas 3
Februari – Julai
1. Kerja Kursus ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.
2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.
3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek
yang ditetapkan.
4. Semua contoh ilustrasi yang dipamerkan dalam setiap tugasan tidak dilukis mengikut
skala sebenar.
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 2611/3
ARAHAN KEPADA CALON
1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) wajib
melaksanakan kerja kursus ini.
2. Hasil Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan dalam tahun semasa
peperiksaan.
3. Calon dikehendaki melaksanakan kerja kursus ini secara individu dari bulan Februari
hingga bulan Julai.
4. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan
cetakan komputer.
5. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak.
6. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran
lebih kurang 28 cm × 38 cm.
7. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan
tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
8. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali
sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
9. Calon mestilah memenuhi kesemua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapat
gred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik (pencapaian minimum 60%
setiap aspek) sahaja akan dicatatkan dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan
oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai
Tahap Minimum tidak akan dicatatkan di dalam sijil.
10. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga
helai sahaja.
11. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
12. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
13. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul folio. Calon
digalakkan menjilid hasil kajian.
14. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang
masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 2611/3
TUGASAN 1
BIDANG : KRAF
TAJUK : BATIK
PRODUK : ALAS MEJA
SITUASI
Sebuah syarikat bercadang menghasilkan alas meja bercorak batik.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan batik untuk alas meja. Corak batik
hendaklah menggunakan motif flora.
Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul folio.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar kraf batik sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar rekaan alas meja.
3. Lakaran reka bentuk alas meja.
4. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham.
5. Lukisan realistik flora yang dipilih.
6. Lakaran olahan idea motif untuk reka corak.
7. Kajian reka letak motif untuk rekaan yang dipilih.
8. Kajian warna pada reka letak yang dipilih.
9. Lukisan sebenar reka bentuk alas meja akhir.
10. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.
11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
12. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4 2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, rekaan alas meja perlu dihasilkan mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Kain
Bilangan warna : Bebas
Ukuran : Panjang – 100 cm
Lebar – 45 cm
Motif : Flora
Teknik : Canting
Contoh:
Nota:
1. Warna batik hendaklah dimatikan.
2. Alas meja mesti dijahit.
45 cm
100 cm
[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 5 2611/3
TUGASAN 2
BIDANG : KRAF
TAJUK : UKIRAN KAYU
PRODUK : BINGKAI CERMIN MUKA
SITUASI
Sebuah salon kecantikan memerlukan sebuah cermin muka berbingkai kayu berukir
di ruang menunggu.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan bingkai kayu berukir dengan motif
flora. Anda perlu menghasilkan ukiran teknik bunga timbul bersilat.
Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul folio.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis ukiran kayu.
2. Koleksi gambar pelbagai bentuk bingkai kayu untuk cermin muka.
3. Koleksi gambar ukiran bermotif flora.
4. Koleksi gambar silat pada ukiran kayu.
5. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham.
6. Lukisan realistik flora yang dipilih sebagai sumber ilham.
7. Kajian dan olahan motif untuk ragam hias bingkai cermin.
8. Lakaran olahan idea reka bentuk bingkai cermin.
9. Reka letak motif pada bingkai.
10. Lukisan sebenar bingkai cermin.
11. Lukisan persembahan menunjukkan fungsi bingkai cermin dalam situasi sebenar.
12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
13. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 6 2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, hasil rekaan ukiran hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kayu
Ukuran : Panjang – 40 cm
Lebar – 30 cm
Motif : Flora
Teknik : Ukiran bunga timbul bersilat
Contoh:
Nota:
1. Hasil ukiran hendaklah dibuat kemasan.
40 cm
30 cm
[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 7 2611/3
TUGASAN 3
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI
PRODUK : PLAK
SITUASI
Sekolah anda akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang. Pelajar-pelajar yang berjaya
dalam bidang akademik dan kokurikulum akan dianugerahkan plak.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk plak bertemakan
kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul folio.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi pelbagai gambar plak sebagai sumber ilham.
2. Kajian reka bentuk plak.
3. Kajian reka bentuk muka taip untuk kapsyen.
4. Lakaran olahan idea reka bentuk plak.
5. Lakaran olahan idea reka bentuk muka taip.
6. Lakaran reka letak muka taip.
7. Lukisan 3-dimensi reka bentuk plak yang dipilih.
8. Kajian warna pada reka bentuk plak yang dipilih.
9. Lukisan sebenar reka bentuk plak yang dipilih.
10. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.
11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
12. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 8 2611/3
15 cm
25 cm
Berdasarkan kajian tersebut, hasil rekaan plak hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Perspek / Logam / Kayu
Bilangan warna : Bebas
Ukuran : Panjang – 25 cm
Lebar – 15 cm
Produk : Teknik bebas
Ilustrasi : Teknik catan
Kapsyen : Nama sekolah anda berserta lencana
: MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2010
PELAJAR TERBAIK
Contoh:
[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 9 2611/3
TUGASAN 4
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : REKA BENTUK ILUSTRASI
PRODUK : PELEKAT KENDERAAN
SITUASI
Universiti Bahasa Asing akan mengadakan hari Konvokesyen kali ke-5 tahun 2010.
Para pengunjung yang hadir akan disediakan dengan pelekat kenderaan.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk pelekat kenderaan.
Hasilkan rekaan pelekat kenderaan itu untuk dua jenis kenderaan berikut:
(a) Motosikal
(b) Kereta
Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul folio.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai pelekat kenderaan.
2. Koleksi pelbagai reka bentuk pelekat kenderaan.
3. Kajian reka bentuk pelekat kenderaan.
4. Lakaran olahan reka bentuk pelekat kenderaan.
5. Kajian reka bentuk muka taip untuk kapsyen.
6. Lakaran olahan reka bentuk muka taip.
7. Lakaran reka letak muka taip.
8. Kajian warna pada pelekat kenderaan yang dipilih.
9. Lukisan sebenar pelekat kenderaan.
10. Lukisan persembahan menunjukkan fungsi pelekat kenderaan dalam situasi sebenar.
11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
12. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 10 2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, hasil rekaan pelekat kenderaan hendaklah mengikut spesifikasi
berikut:
Bahan : Kertas
Ukuran : (a) Pelekat Motosikal
Panjang – 15 cm
Lebar – 10 cm
(b) Pelekat Kereta
Panjang – 30 cm
Lebar – 15 cm
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Bebas kecuali kolaj
Kapsyen : Universiti Bahasa Asing
Konvokesyen Kali Ke-5 2010
Contoh:
Nota:
1. Produk perlu kemas dan dibingkaikan.
10 cm
15 cm
[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 11 2611/3
TUGASAN 5
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : CETAKAN TIMBULAN
PRODUK : HIASAN DINDING
SITUASI
Galeri Seni Negeri akan mengadakan pameran dan jualan hasil karya cetakan sempena
sambutan Bulan Patriotik.
TUGASAN
Anda dikehendaki menghasilkan cetakan timbulan yang menggambarkan semangat
patriotisme.
Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul folio.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai karya cetakan timbulan.
2. Koleksi pelbagai gambar bertemakan patriotisme sebagai sumber ilham.
3. Kajian imej yang bersesuaian dengan tema sebagai sumber idea.
4. Lakaran olahan idea imej yang dipilih.
5. Kajian reka letak imej yang dipilih.
6. Lukisan sebenar rekaan yang dipilih.
7. Cetakan percubaan (test print).
8. Hasil karya cetakan yang sebenar.
9. Lukisan persembahan cetakan timbulan.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 12 2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, hasil karya cetakan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Lino atau papan lapis
Saiz : 20 cm × 20 cm
Bilangan warna : Bebas
Contoh:
Nota:
1. Hasil cetakan hendaklah dibingkaikan.
Edisi Cetakan Tajuk Nama Pengkarya
2.5cm
1.5cm
1.5cm 1.5cm
20 cm
20 cm
[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 13 2611/3
TUGASAN 6
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : LOGO
PRODUK : LOGO SYARIKAT
SITUASI
Syarikat Daun Emas adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan komputer.
Syarikat ini memerlukan satu reka bentuk logo.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk logo bertemakan
kemajuan teknologi komunikasi.
Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul folio.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai logo sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar pelbagai alat komunikasi.
3. Koleksi muka taip.
4. Lakaran muka taip dan motif berdasarkan tema.
5. Kajian reka letak menggabungkan muka taip dan motif sebagai logo.
6. Kajian warna pada reka letak yang dipilih.
7. Lukisan logo sebenar.
8. Lukisan persembahan logo dalam situasi sebenar.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 14 2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, hasil reka bentuk logo hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Bilangan warna : Maksimum 3 warna
Ukuran : Dalam lingkungan 40 cm × 30 cm
Teknik : Catan
Contoh:
Nota:
1. Logo hendaklah dibingkaikan.
30 cm
40 cm
[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 15 2611/3
TUGASAN 7
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : POSTER
PRODUK : POSTER SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN
SITUASI
Sekolah anda akan meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Banyak poster
perlu digantung untuk mewujudkan suasana sambutan dan menjadi daya penggerak
menaikkan semangat cinta akan negara.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu poster yang bertemakan sambutan
Hari Kebangsaan Malaysia.
Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul folio.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis poster.
2. Koleksi gambar berkaitan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia sebagai sumber ilham.
3. Lukisan ilustrasi berkaitan dengan tema.
4. Lakaran olahan ilustrasi.
5. Kajian muka taip untuk kapsyen.
6. Kajian reka letak ilustrasi dan kapsyen.
7. Kajian warna pada reka letak poster yang dipilih.
8. Lukisan sebenar poster.
9. Lukisan persembahan menunjukkan fungsi poster dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 16 2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, hasil rekaan poster hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kertas / Kad manila / Kad ivory
Bilangan warna : Bebas
Ukuran : 56 cm × 76 cm
Teknik : Catan
Kapsyen : Bersesuaian dengan tema
Contoh:
Nota:
1. Poster hendaklah dibingkaikan.
76 cm
56 cm
[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 17 2611/3
TUGASAN 8
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI
PRODUK : KERETA MASA HADAPAN
SITUASI
Sebuah syarikat pengeluar kereta bercadang menghasilkan rekaan terbaharu model kereta
masa hadapan untuk dipamerkan di sebuah pameran automobil.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model reka bentuk kereta
masa hadapan.
Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul folio.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis kereta.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis kereta masa hadapan.
3. Lukisan realistik kereta yang dipilih.
4. Lakaran olahan reka bentuk kereta masa hadapan.
5. Lukisan reka bentuk kereta yang dipilih mengikut skala.
6. Kajian warna pada reka bentuk kereta yang dipilih.
7. Lukisan perspektif dari dua sudut yang menarik.
8. Lukisan persembahan pada situasi sebenar.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 18 2611/3
20 cm
10 cm
8 cm
Berdasarkan kajian tersebut, hasil rekaan model kereta masa hadapan anda hendaklah
mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Span bunga (kering), filler, paper mache, kayu,
modeling clay dan lain-lain
Bilangan warna : Bebas
Ukuran : Panjang – 20 cm
Tinggi – 10 cm
Lebar – 8 cm
Contoh:
Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 19 2611/3
TUGASAN 9
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : REKA BENTUK GRAFIK
PRODUK : RISALAH
SITUASI
Sebuah syarikat pengeluar barang permainan kanak-kanak bercadang menghasilkan risalah
untuk mempromosikan produknya.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan replika risalah bertemakan barang
permainan kanak-kanak.
Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul folio.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar barang permainan kanak-kanak.
2. Koleksi pelbagai risalah sebagai sumber ilham.
3. Lukisan realistik barang permainan kanak-kanak yang dipilih.
4. Lakaran olahan idea untuk menghasilkan ilustrasi.
5. Kajian muka taip untuk kapsyen.
6. Kajian reka letak ilustrasi dan kapsyen.
7. Kajian warna ilustrasi dan kapsyen.
8. Lukisan sebenar reka bentuk risalah.
9. Lukisan persembahan menunjukkan fungsi risalah dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
2611/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 20 2611/3
Berdasarkan kajian berikut, hasil reka bentuk risalah hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kertas
Bilangan warna : Bebas
Ukuran : 60 cm × 40 cm (hadapan dan belakang)
Teknik : Catan
Kapsyen : Bersesuaian dengan tugasan
Contoh:
Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah dibuat kemasan.
TUGASAN TAMAT
40 cm
60 cm