PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 PSV
Jawab satu soalan sahaja.
1. Gambarkan satu pemandangan di tepi air terjun . kelihatan seekor burung Enggang sedang bertenggek di atas sebatang pokok yang rebah merentangi sungai. Di atas batu kelihatan beberapa biji buah durian,bakul rotan dan parang tersusun rapi.
2. Gambarkan suasana sekumpulan pengakap sedang berkhemah si dalam hutan. Kelihatan mereka sibuk memasak, mendirikan khemah dan memotong kayu. Gambarkan suasana itu.
3. Tiga ekor ikan emas sedang berenang-renang di dalam sebuah akuarium kaca. Kelihatan batu-batu kecil,rumpai dan hiasan di dalam akuarium tersebut. Gambarkan dengan menitikberatkan garisan , jalinan, warna, dan bentuk.
4. Musim bermain gasing telah tiba. Kelihatan beberapa orang budak lelaki sedang bermain gasing dengan begitu asyik sekali. Lukiskan keadaan ini dengan memberi penekanan kepada aksi budak lelaki tersebut.
5. Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511. Kelihatan penduduk kampung mempertahankan kampung mereka dari diceroboh oleh askar Portugis. Gambarkan suasana itu.
6. Malaysia di tahun 3000. Gambarkan suasana dan keadaan pada masa itu.
Soalan disediakan oleh En Ramlan Bin Noordin.
Anak-anak muridku, buat lakaran masa cuti, cuba warnakan dan rujuk cikgu untuk bimbingan dan untuk dibaiki selepas cuti.
Good Luck,
Cikgu Siti Rosni Binti Nik Mohd Zaid
Guru Cemerlang PSV SPM
SMK TTDI Jaya, Shah Alam.
'Practise Makes Perfect'
Post a Comment