lydia






























Semua gambar ini telah diambil pada bulan Mei 2009.Setakat 50% siap. Ini merupakan kajian tindakan guru cemerlang 2009.Kajian ini telah mendapat Gred A dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.Pelaporan kajian tindakan akan disiapkan pada akhir Disember.Saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih diatas kerjasama daripada guru-guru praktikum 2009 iaitu Cikgu Indah,Cikgu Intan,Cikgu Hariandi dan Cikgu Suhaimi yang selama 6 hari membantu dalam menyiapkan proses mengecat dan mengemas kini papan kenyataan studio. Tidak lupa juga guru-guru ahli panitia saya yang membantu mengecat dinding studio selama 1 hari iaitu Cikgu Norazlin,Cikgu Norhayati,Cikgu Shahidatul, Cikgu Norlian serta 3 orang pelajar dari tingkatan 5 Gemilang.Hanya Allah yang dapat memebalas jasa baik anda sekalian.
Lawatan dari sekolah-sekolah lain seperti dalam foto-foto adalah berkaitan dengan Amalan 5S yang diguna pakai untuk pengurusan yang lebih sistematik. Sekolah SMK TTDI Jaya telah mendapat anugerah sekolah 5S terbaik daripada NPC.Syabas kepada semua guru-guru yang telah bertungkus lumus untuk memastikan keadaan sekolah yang kondusif.
lydia

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

lydia
lydia
Jawab satu soalan sahaja.

1. Anda begitu terkejut kerana buah tembikai yang anda beli telah berubah menjadi sebuah rumah yang didiami oleh biji-biji tembikai yang mempunyai kaki dan tangan.

Lukis dari jarak dekat buah tembikai tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, bentuk, ruang, dan perspektif.

2. Sebuah tunggul kelapa di tepi pantai ditumbuhi pokok orkid yang sedang berbunga.

Lukis dari jarak dekat tunggul kelapa dan pokok orkid dengan berlatarbelakangkan pantai dan laut. Penekanan hendaklah diberikan kepada unsur jalinan, bentuk, warna an ruang.

3. Seorang budak lelaki sedang menyikat rambut seorang perempuan tua di dalam sebuah bilik. Perempuan tua itu duduk di atas kerusi yang menghadap tingkap sambil menatap wajah pada cermin yang dipegangnya.

Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada kesan ruang, jalinan dan warna.

4. Beberapa orang pelajar sedang memerhatikan pelbagai jenis ikan di dalam sebuah terowong akuarium.

Lukis situasi tersebut dengan memeri penekanan kepada unsur jalinan, ruang,perspektif dan pencahayaan.

5. Anda telah menyertai perkhemahan Pasukan Pengakap sekolah anda di sebuah hutan rekreasi. Semasa perkhemahan tersebut, jerebu melanda kawasan perkhemahan anda. Ketika itu juga, cahaya matahari menjadi kekuning-kuningan manakala pokok-pokok di persekitaran tidak jelas kelihatan kecuali khemah anda.

Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda. Lukisan tersebut hendaklah memberikan penekanan kepada unsur jalinan, ruang, warna dan pencahayaan.

6. Seekor rusa sedang minum air di sebuah tasik. Di sekitar tasik ditumbuhi pokok-pokok renek.

Lukis situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur ruang, bentuk dan jalinan.
lydia





lydia


Tempat pertama MEDAL di Pertandingan Seni Halus LIDICE ke 37 peringkat Antarabangsa 2009.Lukisan bertajuk 'Astronaut'.Cikgu sangat berbangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh anak murid kesayangan cikgu iaitu Izuan Bin Mohamad Sobri dari Tingkatan 5D.Cikgu berharap semoga Izuan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi dalam bidang seni. Jangan lupakan cikgu selepas menamatkan pengajian di SMK TTDI Jaya kelak.Jawab soalan Kertas 1 dan Kertas 2 dengan yakin dan cermat. Cikgu doakan kejayaan Izuan.Good luck for SPM tomorrow.
lydia
FISHERMANS FRIEND
lydia
Lawatan dari pelajar-pelajar Universiti OITA, Jepun pada 17 Ogos 2009.Seramai 17 orang pelajar dan 3 orang pensyarah. Kami ahli-ahli panitia Pendidikan Seni Visual telah menjalankan satu aktiviti membatik di Studio Sinaran Seni. Pn Norhayati Abdul Wahid selaku jurulatih bidang Seni Visual KEKPWA, telah mendemontrasikan cara-cara melukis batik tulis.