PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 PSV
Jawab satu soalan sahaja.
1. Gambarkan satu pemandangan di tepi air terjun . kelihatan seekor burung Enggang sedang bertenggek di atas sebatang pokok yang rebah merentangi sungai. Di atas batu kelihatan beberapa biji buah durian,bakul rotan dan parang tersusun rapi.
2. Gambarkan suasana sekumpulan pengakap sedang berkhemah si dalam hutan. Kelihatan mereka sibuk memasak, mendirikan khemah dan memotong kayu. Gambarkan suasana itu.
3. Tiga ekor ikan emas sedang berenang-renang di dalam sebuah akuarium kaca. Kelihatan batu-batu kecil,rumpai dan hiasan di dalam akuarium tersebut. Gambarkan dengan menitikberatkan garisan , jalinan, warna, dan bentuk.
4. Musim bermain gasing telah tiba. Kelihatan beberapa orang budak lelaki sedang bermain gasing dengan begitu asyik sekali. Lukiskan keadaan ini dengan memberi penekanan kepada aksi budak lelaki tersebut.
5. Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511. Kelihatan penduduk kampung mempertahankan kampung mereka dari diceroboh oleh askar Portugis. Gambarkan suasana itu.
6. Malaysia di tahun 3000. Gambarkan suasana dan keadaan pada masa itu.
Soalan disediakan oleh En Ramlan Bin Noordin.
Anak-anak muridku, buat lakaran masa cuti, cuba warnakan dan rujuk cikgu untuk bimbingan dan untuk dibaiki selepas cuti.
Good Luck,
Cikgu Siti Rosni Binti Nik Mohd Zaid
Guru Cemerlang PSV SPM
SMK TTDI Jaya, Shah Alam.
'Practise Makes Perfect'
https://acrobat.com/#d=jtBzMMjkZGEullwAdaquAA
https://acrobat.com/#d=ZtSuhRNa*ISzi5lw34YV3w
https://acrobat.com/#d=C4D2GAAJogIBqOnfPziQ4w
https://acrobat.com/#d=MRg0L1q2yIPgi8Fg-aBLpw
https://acrobat.com/#d=atHBtM84DJPpXN4AtUx7rA
https://acrobat.com/#d=e9u0rsRrmETt8o1NAJh2xQ
https://acrobat.com/#d=qpbGxfBnCETm4DV3l3GeWQ
https://acrobat.com/#d=mzacMJjSL*g1H2-*4dToSQ
https://acrobat.com/#d=uZl7caxOFeKuxpVUhJv1OQ
Assalamualaikum, terima kasih diucapkan kepada Pn Samaliza Bt Abu Samah kerana sudi menjemput saya untuk sesi Bengkel Seminar Kecemerlangan bersama semua anak-anak didik yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2011.Berkat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir iaitu Datin Jamaliah Bt Juni saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas semua kemudahan yang diberikan sepanjang seminar dijalankan.Terima kasih juga kepada fasilitator jemputan saya, En Muhammad Syafiq Bin Sukor yang sudi menunjukkan beberapa teknik mewarna menggunakan media basah. Saya mendoakan semua anak didik di SMK Seksyen 27 dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM 2011 (PSV), Insya Allah.
Semua lakaran dan catan ini merujuk kepada soalan-soalan kertas 2611/2 SPM. Kepada semua anak murid cikgu yang rajin, sila buat lakaran dan warnakan di rumah. Luangkan masa melukis dan mewarna selama 30 minit,jangan lupa 'Practice makes perfect'.Ok.....
Lakaran ini sebagai latihan kertas 2, sila jumpa cikgu siti sekiranya menghadapi masalah semasa mewarna.Terima kasih.